Thursday, December 27, 2012

haTi2 TenTang Hati Wahai Si PemiLik haTi :) :)



Jika HATI disakiti dengan PENGKHIANATAN, maka balaslah dengan DOA yang BAIK.

Jika PATAH HATI, maka sambunglah dengan BERMUHASABAH diri.
Jika HATI mu sakit, maka BERZIKIRLAH dan mendekatkan diri kepada Allah.
Meskipun semua itu tidak mudah, ketika HATI DISAKITI, cinta diKHIANATI, dan PATAH HATI. ...tetapi ketahuilah bahawa ALLAH sentiasa ada di sisi.
TETAPLAH terus setia mengabdi diri, kerana ciptaanNYA ;yg lain' setia, pandanglah alam kita akan sedar. InsyaAllah (^_^)



untUk diri sendiri ~ *take note

~~~~kata2 Jiwang di Pagi Hari...
‎, bagy saie, awa umpama embun pagy yg menenangkan hidup saie, sinar matahari yg menyinari hidup saie, hujan yg menutupi aer mate saie, pelangi yg mewarnai hari saie, awan yg melindungi saie, angin yg sangad indah bagy saie, bintang yg sntiasa menemani tydo saie n awa jugax spt bulan yg hnye ade 1 di dlm haty saie untox sntiasa menerangi haty saie.. ♥ ya so damn much wahai si insan bernyawa ~

Wednesday, December 26, 2012

CONTOH REFLEKSI KENDIRI (Team work)


REFLEKSI KENDIRI

Nama : Nur Fatin Alia Binti Badron

Saya telah menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Hajah Hazina Binti Zakaria, bagi subjek Kemahiran Komunikasi Dan Literasi Bahasa Melayu. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya sebuah rancangan pengajaran dalam pembelajaran secara berkumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Nur Syahirah, Siti Rahyuni, Nik Nur Humaira  dan saya yang sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kami menjayakan tugasan ini bersama-sama dengan penuh harapan yang tinggi untuk berjaya.

      Subjek literasi bahasa melayu ini sangat membantu saya dan rakan-rakan untuk mengajar kelak. Ilmu pengetahuan yang kami dapat sangat membantu dalam tugasan yang diberikan kepada kami. Sementara itu, ilmu yang diberikan juga dapat menambahkan pengetahuan saya dalam merancang  pengajaran bahasa melayu kelak. Bahasa Melayu ini sangat mudah difahami jika dipraktikkan selalu kerana disekeling kita semua menggunakan bahasa melayu untuk berkomunikasi. Puan banyak membantu dalam tunjuk cara bagaimana untuk merancang pengajaran dan puan menunjukkan cara-cara membuat rps untuk mengajar.

     Selain itu, semasa menjalankan tugasan yang diberikan kekuatan kumpulan kami ialah kami bersunggug-sungguh apabila melaksanakan tugasan. Kami yakin dengan apa yang buat. Ketahanan kami semasa perbentangan sangat kuat dengan tindak balas rakan sekelas. Tanpa puan dan mereka siapalah kami untuk mrnjalankan tugasan yang puan berikan ini. Kami mengharungi pelbagai dugaan semasa menjayakan tugasan ini. Salah satunya ialah, semua pandrive kami diserang virus dan semua maklumat tidak boleh buka. Maka dengan itu kami bertindak pantas sedikit dan membuat simpanan kedua untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku secara tiba-tiba.

        Kelemahan kumpulan kami pula, ialah kami membuat tugasan yang puan berikan semasa akhir-akhir penghantaran tugasan. Pada ketika itu saya dan kumpulan bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh. Pada masa itu kami sama sekali tidak menghantar emel kepada puan untuk disemak. Kerana pada malam itu baru kami lakukannya. Semasa kami melalui saat-saat genting kami membuat rps dengan penuh perasaan takut kerana  takut puan menolak rps kami. Kami hanya berserah pada Allah antara diterima atau tidak ketika itu. Semasa perbentangan dijalankan Alhamdulillah puan menerima rps dan perbentangan kami dan kami hanya kekurangan objektif sedikit. Begitu juga, ketika perbentangan berlangsung, saya gementar apabila berada dihadapan dan masalah itu diatasi dengan tindak balas daripada rakan rakan yang membantu saya berkeyakinan untuk tampil berani dihadapan. Untuk menjadi seorang guru saya mestilah berani untuk mengahadapi risiko yang bakal berlaku nanti.

      Penambahbaikannya ialah, setiap tugasan yang diberikan mestilah dilaksanakan awal supaya tidak terburu-buru. Kata-kata ini adalah kata-kata yang perlu kami pegang untuk tidak mengulangi perkara yang sama kembali. Dengan apa yang terjadi pada kami sekumpulan selepas ini akan lebih mengambil perhatian dan tidak akan membuat tugasan sambil lewa lagi. Sebagai bakal guru tidak sepatutnya terjadi perkara sebegini kerana seperti sedia maklum seorang pendidik adalah seorang yang rajin dalam tugasannya dan seorang yang tidak suka menangguhkan kerja. Tambahan lagi, untuk menjadi seorang guru yang berkualiti mestilah bersikap berani untuk tampil ke hadapan dan berhadapan dengan pelbagai karenah murid-murid.

      Akhir sekali, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati dapat membantu saya untuk mengubah cara pengajaran yang lebih berkesan lagi dan memberi pengajaran kepada saya. Semua tugasan ini saya dan kumpulan sudah pun menjayakannya dengan usaha gigih dan semangat daripada puan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kesayangan saya ini kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan.  Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.


semoga maju jaYa :)

Nur Fatin Alia

ni lah saya yang sekarang... dah besa kan?