Wednesday, March 13, 2013

PENGERTIAN KAUNSELING



           Istilah kauseling bukanlah perkara baru tetapi telah digunakan dengan meluas dalam berbagai-bagai bidang perkhidmatan kemanusiaan. Kaunseling merangkumi semua aktiviti dan kaedah menolong dan menasihati individu yang menghadapi masalah. Sebagai contoh, pada masa lampau Nabi Muhammad s.a.w pernah meminta nasihat daripada seorang hamba bernama warakah sejurus berlakunya peristiwa penerimaan wahyu (mesej) yang pertama, kerana ketika itu baginda berasa cemas dengan peristiwa itu. Jadi, sebagai seorang manusia tidak kira siapa memang ada masa dan ketikanya memerlukan pertolongan , kaunseling, perbincangan dan bimbingan daripada orang yang berkebolehan bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan hidupnya.
           Dalam konteks kehidupan masa kini aktiviti dan penglibatan kaunseling bukan sahaja terdiri daripada golongan profesional tetapi juga golongan yang bukan propesional. Penglibatan ini memang penting bagi membolehkan setiap individu berkomunikasi dengan baik sesama manusia dan seterusnya dapat hidup dalam keadaan yang mengembirakan.
Oleh sebab kaunseling mempunyai pengertian, prinsip dan tujuan yang luas, maka terdapat berbagai bagai definisi yang boleh diberikan dalam pakar-pakar dalam bidang perkhidmatan kaunseling.
            (1951) Wernn mengatakan bahawa kaunseling ialah satu perhubungan yang dinamik dan bertujuan diantara dua manusia.
            (1955) Perry menyimpulakan bahawa kaunseling ialah mengenali monolog individu bagaimana dia boleh menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya.
            (1967) Patterson Kaunseling dan psikoterapi merupakan satu proses menolong yang berlangsung melibatkan  perhubungan sesama insan yang diperlukan bagi rawatan spesifik untuk orang yang bermasalah.
            (1974) Blocher mengatakan kaunseling merupakan suatu proses menolong individu supaya lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana dia bergerak balas kepada pengaruh-pengaruh alam sekelilingnya.
             (1976) Krumbolts &Thovenson Kaunseling sebagai proses menolong orang dengan masalahnya melalui cara pembelajaran.
            (1987) Cormier & Hackney Satu perhubungan menolong di antara seseorang yang terlatih dan mahir dalamteknik menolong secara pertuturan dan mempunyai pengetahuan berkenaan perlakuan manusia, dengan seseorang yang meminta bantuan sama ada secara sukarela ataupun paksa.
             (1989) Nur Aini konsep kaunseling dalam islam dalam islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan dakwah islamiah untuk mendapatkan keredhaan-Nya.
             (1990) Abdul Halim mengatakan kaunseling ialah sebagai satu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistematik dan bertanggungjawab.
             (1996) Gladding Mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses menolong individu yang normal atau sihat daripada segi psikologi, menyekesaikan masalah berkaitan tugas-tugas perkembangan dan keadaan hidup.
            (1996) Mizan & Halimahtun Pernah mengata bahawa kaunseling adalah proses pendidikan yang berterusan dalam prinsip-prinsip kaunseling mereka. Prinsip-prinsip yang lain adaalah seperti berikut ; Setiap manusia adalah unik. Setiap manusia mempunyai harga diri. Manusia melalui proses sosialisasi, oleh itu manusia mempunyai pengalamanyang berbeza. Hubungan Kaunseling seharusnya bersifat sukarela supaya ada kerjasama dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang berterusan.
            Carl rogers dalam bukunya counseling and psychotherapy, membuat kaunseling sebagai suatu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dan pertolongan pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya dapat disesuai dengan diri seseorang diri.
            Setelah kita meneliti definisi-definisi yang telah diberikan oleh beberapa orang pakar dalam bidang kaunseling, maka dapatlah dirumuskan seperti berikut : Pertama, kaunseling ialah proses bertemu muka sevara perseorangan diantara kaunselor dan klien. Kedua, sebagai sesuatu kearah perkembangan dan pembinaan personality klien. Ketiga, sebagai perkhidmatan untuk kebajikan manusia sama ada dilakukan secar professional ataupun tidak. Keempat, mengembaliakn sifat manusia kepada sifat asalnya (fitrah), iaitu tunduk kepada Allah. Kelima, suatu proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengubah tingkah laku klien kepada yang lebih diterima. Keenam, kaunseling bukan sahaja untuk orang yang mempunyai masalah dan kaunseling menghormati setiap individu yang unik.

semoga maju jaya :) :)  copy copy jugak faham , faham jugak.. jangan copy buta je :) ilmu kita bersama :) 

No comments:

Post a Comment